Lonjakkan pertumbuhan ekonomi : Selangor sasar ekonomi tanpa tunai menjelang 2025

SUBANG –Selangor menyasarkan agenda ekonomi tanpa tunai menjelang 2025 dalam usaha melonjakkan pertumbuhan ekonomi negeri.

Ke arah itu aplikasi Citizen E-Payment Platform atau singkatan ‘CEPat’ diterajui Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) diperkenal bagi memudahkan proses perkhidmatan berbayar kerajaan di pelbagai peringkat dalam pentadbiran Selangor.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berharap kerjasama semua pihak kerana kejayaannya bergantung kepada kerjasama berterusan antara pelbagai pemegang taruh sama ada di pihak kerajaan negeri atau persekutuan

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Agenda Ekonomi Tanpa Tunai Smart Selangor di Subang.

Antara perkhidmatan ditawarkan melalui “CEPat” adalah pembayaran Cukai Taksiran, Kompaun, Lesen dan parkir.

Aplikasi itu boleh dimuat turun bermula 1 Oktober ini.

Leave A Reply